Sabtu, 5 Mac 2022

SPRM Sabah Tahan 19 Kontraktor Kemuka Penyata Bank Palsu RM49 Juta


Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan 19 kontraktor kerana dipercayai mengemukakan penyata bank palsu bernilai RM49 juta kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan tender sekolah di negeri itu.

Sumber berkata, semua suspek berusia antara 24 hingga 53 tahun ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu pada 10 pagi tadi.Katanya, penyata bank palsu tersebut dikemukakan sebagai dorongan untuk memasuki tender beberapa sekolah di seluruh Sabah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Katanya, semua suspek terdiri 10 lelaki dan sembilan wanita akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu dalam masa terdekat.

Beliau berkata, pada 2020 SPRM Sabah menahan 39 kontraktor yang dipercayai mempunyai modus operandi sama membabitkan nilai kontrak berjumlah lebih RM80 juta.

Susulan tangkapan itu, sebanyak 132 pertuduhan berjaya dilakukan di Mahkamah Khas Rasuah di Sabah, tahun lalu.

“SPRM memandang serius berhubung kesalahan tersebut dan susulan daripada kes berkenaan, beberapa aktiviti pencegahan telah dilaksanakan bagi menangani isu berkaitan.

“Antara usaha dilaksanakan ialah mengadakan beberapa sesi penerangan kepada kontraktor seperti penganjuran seminar integriti dengan kerjasama antara Kementerian Kewangan Sabah dengan SPRM Sabah pada 25 Ogos 2020,” katanya. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik

Hanya Berita Sabahan saja

https://t.me/Beritasabahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...