Sabtu, 5 Mac 2022

KEPALA TERLILIT JOINT SHAFT BOT, LELAKI MAUT


5 MAC 2022

SEMPORNA: Seorang lelaki maut disebabkan kepalanya terlilit pada ‘joint shaft’ bot pam di Kampung Panji hujung berhampiran Hospital Semporna di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna menerima panggilan kecemasan pada jam 11.40 pagi.

Sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PB Rafli Alpaka bergegas ke lokasi tersebut.

Berdasarkan maklumat daripada ahli keluarga mangsa, mangsa berkenaan berusia 18 tahun tersekat di enjin bot semasa menghidupkan enjin bot bagi menjalankan aktiviti menangkap ikan di laut.

Katanya, berkemungkinan besar puncanya dari lengan baju jaket mangsa terlilit pada ‘joint shaft’ bot pam semasa bot tu sedang bergerak di laut menyebabkan tangan mangsa ikut terlilit lalu mangsa terjatuh, kemudian rambut dan kepala mangsa ikut terlilit di ‘joint shaft’.

Selepas kejadian itu, mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan seterusnya dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya. 

Operasi ditamatkan pada jam 12.19 tengahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...