Sabtu, 5 Mac 2022

MANGSA KEDUA DITEMUKAN LEMAS


5 MAC 2022

KUDAT: Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) berjaya menemukan mangsa kedua yang dilaporkan hilang selepas bot mereka karam semasa memukat di perairan laut Perapat Tugu Mamal.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kudat Komander Maritim Boon Chin Chau berkata mayat mangsa kedua iaitu Aewaeindar Fedelex Olliong berumur 20 tahun ditemukan pada jam 8 pagi.

Sebelum ini, mayat mangsa pertama iaitu Maclin Majaun berumur 29 tahun berjaya ditemukan di kawasan Membatu Laut iaitu tiga kilometer dari lokasi tersebut.

"Kedua-dua mangsa adalah individu yang hilang selepas disahkan oleh ahli keluarga masing-masing sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)."

Boon berkata Maritim Malaysia yang melaksanakan pencarian itu turut dibantu daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...