Sabtu, 5 Mac 2022

DUA RUMAH MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI SANDAKAN

SANDAKAN: Dua buah rumah musnah dalam kebakaran di Taman Merpati pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menerima panggilan kecemasan pada jam 11.07 pagi mengenai kejadian tersebut.

Sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PKPgB Jimmy Lagung bergegas ke lokasi.

Katanya, sebuah rumah berkeluasan 70×80 kaki persegi terbakar 100% manakala sebuah rumah berkeluasan 70×20 kaki persegi terbakar 60%. 

Namun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Operasi pemadaman menggunakan empat aliran 600 kaki enam pancutan sumber air dari tangki jentera dan water tanker.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...