Jumaat, 4 Mac 2022

WARGA ASING DIUSIR KELUAR ATAS CUBAAN MASUK DI TAWAU


5 MAC 2022

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menghalang cubaan sebuah Bot dari negara jiran yang membawa PATI masuk ke Tawau di Kawasan perairan Laut Sungai Melayu, Pulau Sebatik, semalam.

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Tawau, DSP Ridzauddin Bin Selamat berkata pihaknya telah menahan sebuah Bot yang dijuragani oleh seorang lelaki yang membawa 7 orang penumpang tersebut. 

"7 penumpang berkenaan berumur antara 22 tahun hingga 61 tahun yang terdiri daripada 4 orang lelaki dewasa dan 3 orang wanita dewasa, kesemua adalah Warganegara Indonesia."

Beliau berkata, juragan Bot dan kesemua penumpang telah diberi penerangan berkaitan pematuhan SOP COVID-19 sepertimana yang ditetapkan dalam Perintah Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988. 

Seterusnya, warga asing tersebut telah diiringi keluar dari perairan negara dan diarahkan supaya tidak kembali semula ke negara ini bagi mengekang penularan wabak penyakit COVID-19.

Pasukan Polis Marin menggesa masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan bagi memastikan kesalahan-kesalahan yang melanggari undang-undang negara dapat dibendung seterusnya mengekalkan keamanan dan keselamatan.

"Maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wil.4 Sabah di nombor 013-9391197 atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian 089-983628."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...