Jumaat, 11 Mac 2022

SABAH MENCECAH 1,176 KES POSITIF COVID-19 BAHARU


11 MAC 2022

KOTA KINABALU: Sabah mencecah 1,176 (+22) kes positif Covid-19 baharu pada hari ini.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah kes peratusan jangkitan sporadik yang berpunca tetap tinggi iaitu 64.54% daripada kes keseluruhan. 

"Kes jangkitan sporadik merupakan penyumbang utama kes-kes baharu di 24 daripada 27 daerah di seluruh Sabah" kata Masidi yang juga jurucakap perkembangan kes harian Covid-19 negeri Sabah.

Katanya, perubahan jumlah kes harian berbanding sebelumnya adalah pada pada julat yang kecil kecuali di Kota Kinabalu (+91) dan Penampang (+74) yang mencatatkan peningkatan yang agak tinggi manakala di Beaufort (-58) dan Sandakan (-47), menunjukkan penurunan yang agak signifikan.  

Berdasarkan laporan yang diberi, terdapat tiga daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu dengan sebanyak 356 kes, Penampang 139 kes dan Papar 105 kes.

Sebanyak 18 daerah lagi mencatatkan kes dua angka dan enam daerah pula mencatatkan kes satu angka iaitu Kinabatangan, Nabawan, Kunak, Tongod, Semporna dan Kalabakan.

Sejumlah 98.13% adalah dalam Kategori 1 dan 2, 9 kes dalam Kategori 3, 10 kes dalam Kategori 4 dan 3 kes dalam Kategori 5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...