Jumaat, 11 Mac 2022

KERETA BERTEMBUNG PACUAN EMPAT RODA, SEORANG WANITA CEDERA

                       GAMBAR HIASAN

PAPAR: Seorang wanita berumur 43 tahun cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Perodua Alza yang dipandunya dan Toyota Hilux Vigo di Jalan Limauan Kinarut, pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sabah, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 6.45 pagi mengenai kejadian itu.

Sepasukan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Dahlan Jainuddin dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar bergegas ke lokasi.

Semasa operasi dijalankan, pemandu Vigo yang berusia 60 tahun tidak mengalami apa-apa kecederaan manakala wanita yang cedera di bahagian dada itu telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Operasi ditamatkan pada jam 7.23 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...