Khamis, 10 Mac 2022

PERSAINGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK VETERAN PIALA KDM MALAYSIA BERMULA 19 MAC 2022


11 MAC 2022

KOTA KINABALU: Presiden Kadazan Dusun Murut Malaysia, Datuk Peter Anthony menyatakan bahawa Persaingan kejohanan bola sepak veteran campuran Piala Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia 2022 akan bermula pada 19 Mac depan. 

Menurutnya, kejohanan berkenaan akan melibatkan 17 pasukan dan diadakan di beberapa padang di Keningau dan Tambunan.

"Majlis perasmian juga akan diadakan pada malam 19 Mac di Stadium Kompleks Sukan Keningau di mana perlawanan antara Melalap Veteran dan Papar Veteran dari Kumpulan A telah dipilih sebagai perlawanan simbolik perasmian," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, Sebanyak 17 pasukan yang bersaing dalam kejohanan itu dibahagikan kepada empat kumpulan.

Selain Melalap dan Papar, turut berada dalam saingan Kumpulan A ialah pasukan PVATM Veteran dan Inanam Veteran manakala Kumpulan B terdiri dari pasukan Kiulu Tambadau, BSC Veteran, Luton FC, NVLT Veteran dan KDM Ranau.

Manakala, Kumpulan C pula dianggotai Deep Borneo, Pensiangan Veteran, Penampang Mix-Vet, NABT Veteran sementara Kumpulan D terdiri daripada JJ FC, Tuaran Veteran, TB Mix-Vet dan Kepayan FC.

Persaingan itu dijalankan secara liga satu pusingan di peringkat kumpulan bagi menentukan dua pasukan teratas mara ke pusingan suku akhir.

Seterusnya, Kejohanan itu adalah anjuran KDM Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) daerah-daerah Pedalaman Atas dan Penampang.

"Pasukan boleh mendaftar 25 pemain termasuk maksima tiga pemain berusia 40-44 tahun dan penjaga gol berusia 40 tahun ke atas. Pasukan bagaimanapun hanya boleh senaraikan  dua pemain berusia 40 sehingga 44 tahun dalam kesebelasannya.

Ia menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM20,000 termasuk RM10,000 untuk juara; kedua RM6,000; ketiga RM4,000 dan keempat RM2,000.

"Kejohanan ini adalah antara sedikit sumbangan KDM Malaysia dalam memberikan ruang dan peluang kepada pemain-pemain yang sudah berusia terus aktif bersukan sekaligus melayani permintaan mereka yang mahu kejohanan seperti ini diadakan," 

Peter yang juga Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) berkata, KDM Malaysia juga sudah merancang menganjurkan edisi ketiga kejohanan bola sepak terbuka.

Dua edisi yang telah berlangsung dengan sukses sebelum ini adalah pada tahun 2014-2015 dan 2018-2019.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...