Jumaat, 11 Mac 2022

5 KES KEMATIAN DILAPORKAN AKIBAT COVID-19 DI SABAH

                        Gambar Hiasan

11 MAC 2022

KOTA KINABALU: Sebanyak lima kes kematian telah dilaporkan pada tarikh 11 Mac 2022 dan setiap daerah mempunyai dua kes di daerah Keningau dan satu kes masing-masing di daerah Kota Kinabalu, Ranau serta Beaufort.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata seramai 1,810 pesakit Covid-19 sembuh yang dijadikan kumulatif berjumlah 325,741 orang manakala 1,085 pesakit pula sedang menerima rawatan iaitu 781 orang di hospital, 286 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam, 15 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan 3 orang di fasiliti swasta. 

Tambahannya, tiada kluster baharu dilaporkan pada hari tersebut. 
Selain daripada itu, terdapat empat kompaun melanggar SOP Covid-19 dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh Sabah iaitu 4 orang gagal memakai pelitup muka. 

Masidi berkata Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah melaksanakan penguatkuasaan SOP yang melibatkan 200 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 40 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.

Hasil daripada pemeriksaan itu, tiada tangkapan yang dilaporkan. 

“Sebanyak 985 premis perniagaan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta tiada sebarang kompaun, notis dan amaran dikeluarkan.” Katanya.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan Operasi Pematuhan SOP ke atas 562 premis perniagaan dan 916 individu di 18 kawasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...