Jumaat, 11 Mac 2022

DUA PESERTA PEMILIHAN AKHIR PERAJUT MUDA ATM TERIMA SUMBANGAN DARIPADA DATUK ROBERT


12 MAC 2022

KENINGAU: Kakitangan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri N.40 Bingkor, Sdra Sonjah Bin Junaidi mewakili YB Datuk Robert Tawik selaku Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap ADUN N.40 Bingkor telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 
Sdra Marcius Jani dan Sdra Christopher Estanah dari Kampung Singgahmata, Bingkor, di sini.

Sumbangan yang disampaikan diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Singgahmata, Encik Estanah Gulonok sebagai wakil kedua-dua orang berkenaan untuk kegunaan meringankan bebanan perbelanjaan mereka sepanjang menjalani ujian pemilihan selama 5 hari.

Untuk rekod, kedua peserta ini telah berjaya dan terpilih ke pemilihan akhir perajurit muda Angkatan tentera Malaysia (ATM) bertempat di kem Lok Kawi Kota Kinabalu.

Beliau berharap agar sumbangan ini dapat memberi manfaat seperti yang diperlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...