Jumaat, 11 Mac 2022

DATUK ROBERT BERI SUMBANGAN KEPADA PENGERUSI JPKK KG LIAU ULU


12 MAC 2022

KENINGAU: Pemaju Masyarakat UPPM N.40 Bingkor, Puan Maileh Lajiwat yang mewakili YB Datuk Robert Tawik selaku pembantu menteri Kerja Raya Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Bingkor telah menyerahkan sumbangan berbentuk wang tunai kepada Encik Julas Sandili, Pengerusi  Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dari Kampung Liau Ulu, sebentar tadi.

Sumbangan yang disampaikan itu untuk kegunaan melaksanakan program gotong royong membersih kawasan Balai raya dan persekitaran kampung.

Beliau berharap sumbangan ini dapat memberi manfaat seperti yang diperlukan dalam program gotong royong tersebut.

Encik Julas mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Yb Datuk Robert.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...