JOHOR BAHRU – Parti Pas kalah di semua 15 kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Gambar HiasanParti itu turut tewas di satu-satunya Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang sebelum ini iaitu di DUN Bukit Pasir.
Kerusi DUN Bukit Pasir sebelum ini dimenangi calon Pas, Najib Lep dengan mendapat 9,835 undian pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Beliau mengalahkan pesaingnya dari Barisan Nasional (BN), Noriah Mahat dengan majoriti 1,883 undian.
Dalam PRN Johor calon BN Mohamad Fazli Mohamad Salleh memenangi kerusi tersebut menewaskan Ketua Pemuda PAS Kawasan Pagoh, Mohd Nor Iqbal Razak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan