Khamis, 10 Mac 2022

SABAH MENCECAH 1,154 KES POSITIF COVID-19 BAHARU


10 MAC 2022

KOTA KINABALU: Sabah mencecah 1,154 (-198) kes positif Covid-19 baharu pada hari ini.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah kes peratusan jangkitan sporadik yang berpunca tetap tinggi iaitu 60.40% daripada kes keseluruhan. 

"Kes bergejala secara konsisten merupakan kategori kes yang terbanyak di seluruh daerah Sabah"

Masidi yang juga jurucakap perkembangan kes harian Covid-19 negeri Sabah berkata sebanyak 21 daripada 27 daerah merekodkan kes bergejala atau jangkitan sporadik sebagai penyumbang utama kes-kes baharu.

Berdasarkan laporan yang diberi, hanya 2 daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu dengan 236 kes dan Papar 109 kes.

Sebanyak 19 daerah mencatatkan kes dua angka dan 4 daerah iaitu Nabawan,  Kunak, Tongod dan Kalabakan mencatatkan kes satu angka. 

Manakala, Semporna menjadi daerah tunggal yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu. 

Sejumlah 98.61% adalah dalam Kategori 1 dan 2, 7 kes dalam Kategori 3, 5 kes dalam Kategori 4 dan 4 kes dalam Kategori 5.






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...