Khamis, 10 Mac 2022

PEMBANTU KPMKR DAN PIHAK JKR LAWAT KEADAAN JAMBATAN DARI KG MENAWO KE KG BAITAH DI KENINGAU


10 MAC 2022

KENINGAU: Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Yb Flovia Ng merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.44 Tulid bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tulid dan Jabatan Kerja Raya (JKR) keningau telah melawat keadaan jambatan kayu yang menjadi laluan penghubung dari Kampung Menawo laut ke Kampung Baitah hingga ke mesej bunang di Mukim sebrang, Kampung Menawo laut, sini, tadi.

Dalam lawatan ini, YB Flovia dan pihak JKR mengarahkan dan mencadangkan supaya jalan ini ditutup kepada semua jenis kenderaan daripada menggunakan laluan ini bermula pada hari ini dan sebaiknya menggunakan jalan alternatif lain iaitu jalan kg. Menawo ulu ke kg. Baitah hingga ke mesej bunang. 

Sehubungan itu, pihak JKR menasihatkan kepada penduduk setempat agar tidak mengubahsuai sesuka hati struktur jalan dalam seliaan JKR kerana tindakan tersebut merupakan satu kesalahan besar dan boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak JKR. 

Jambatan tersebut sememangnya sudah dalam perhatian pihak JKR untuk pembaikkan. 

Sementara itu, pengguna jalan dimaklumkan bahawa jalan itu ditutup untuk semua kenderaan.

Turut Hadir,  Cik Miafarah Datali (JKR), Tn. Jully Sandalun (JKR), Tn. Slyvester Jaimis (pemaju mukim sebrang), Tn. Ferghanyau Yassin (pemaju masyarakat), Tn. Ilik Ukim (pemaju mukim lanas)dan En. Julius Lembot (JPKK Kg. Menawo ulu)

Laporan: Sheryn Tom 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...