Khamis, 10 Mac 2022

JEFFREY SALUR SUMBANGAN BERUPA BARANGAN KEPADA WARGAEMAS


10 MAC 2022

KENINGAU: Ketua Pejabat Pusat Khidmat Rakyat P.180, Encik Lectus Fung selaku Keningau merangkap Pegawai Perhubungan Parlimen Keningau telah melawat seorang warga emas lanjut usia yang sedang uzur iaitu Encik Alum Tamanong di Kampung Tuntumulud Bingkor, sini, pada hari rabu lalu.

Dalam lawatan itu, beliau yang juga mewakili YB Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey G.Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian Dan Perikanan Sabah, Ahli Parlimen Keningau dan ADUN N.39 Tambunan telah menyampaikan sumbangan kebajikan berupa barangan keperluan asas seperti pampers, susu, tisu basah/kering, hand sanitizer, sarung tangan dan pelitup hidung/mulut kepada wargaemas tersebut. 

Beliau berharap agar sumbangan yang disampaikan dapat mengurangkan beban keperluan Encik Alum Tamanong yang kurang berkemampuan.

#BeritaSabahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...