Khamis, 10 Mac 2022

LELAKI CEDERA AKIBAT KAKI TERTUSUK ANAK PANAH

10 MAC 2022

KOTA BELUD: Seorang lelaki dewasa cedera akibat kaki kanannya tertusuk anak panah semasa menjalankan aktiviti menangkap ikan di sini, tadi. 

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata mangsa dihantar ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan bantuan segera dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu.

Walaubagaimanapun, pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas operasi untuk mengeluarkan anak panah berkenaan agak sukar.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.33 petang mengenai kejadian tersebut.

Sehubungan itu, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) bergegas ke Hospital Kota Belud untuk memberi bantuan kepada mangsa berkenaan

“Pasukan bomba terpaksa mengambil tindakan memotong dan mengeluarkan besi dari kaki mangsa dengan menggunakan peralatan khas iaitu Hydraulic Power Unit."

Beliau berkata mangsa meneruskan rawatan di hospital berkenaan dan dilaporkan bahawa mangsa dalam keadaan yang stabil dan selamat.

Sementara itu, Pasukan bomba telah membuat pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain.

Operasi ditamatkan pada jam 5.02 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...