Khamis, 10 Mac 2022

4 KES KEMATIAN DILAPORKAN AKIBAT COVID-19 DI SABAH

                       Gambar hiasan

10 MAC 2022

KOTA KINABALU: Sebanyak empat kes kematian telah dilaporkan dan setiap daerah mempunyai satu kes masing-masing di daerah Sandakan, Kota Belud, Tenom dan Keningau, hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata bilangan kematian tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam, namun kes kematian mengambil masa untuk verikasi dan dilaporkan daripada tarikh sebenar. 

Menurutnya, seramai 1,817 pesakit Covid-19 sembuh yang dijadikan kumulatif berjumlah 323,931 orang manakala 1,182 pesakit pula sedang menerima rawatan iaitu 808 orang di hospital, 352 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam, 17 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan 5 orang di fasiliti swasta. 

Tambahan pula, tiada kluster baharu dilaporkan pada hari tersebut. 
Selain daripada itu, terdapat satu kompaun melanggar SOP Covid-19 dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh Sabah iaitu individu tidak memakai pelitup muka. 

Masidi berkata Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah melaksanakan penguatkuasaan SOP yang melibatkan 109 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 55 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.

Hasil daripada pemeriksaan itu mendapati 1 tangkapan dibuat di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 yang disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. 

“Sebanyak 1073 premis perniagaan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta tiada sebarang kompaun, notis dan amaran dikeluarkan.” Katanya.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan Operasi Pematuhan SOP ke atas 211 premis perniagaan dan 271 individu di 18 kawasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...