Khamis, 10 Mac 2022

CUBAAN SELUDUP KELUAR MINUMAN TIDAK CUKAI GAGAL


11 MAC 2022

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) WP Labuan telah berjaya merampas minuman keras yang tidak bercukai semasa membuat pemantauan pada sekitar di kawasan laut Mempakul pada awal pagi, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM WP Labuan, ASP Saidul Maruf Bin Rosli berkata semasa operasi pemantauan dijalankan, pihaknya telah terserampak dengan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan dan diarahkan berhenti untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Namun, bot berkenaan telah memecut laju ke kawasan yang cetek di persisir pantai Mempakul, suspek terus melarikan diri ke kawasan paya bakau berhampiran dan gagal dikesan"

Katanya, hasil daripada pemeriksaan terhadap bot tersebut mendapati muatan berbungkus plastik hitam yang dibawa merupakan minuman keras yang dipercayai belum bercukai ingin diseludup dari Labuan ke Tanah Besar Sabah.

Susulan dengan perkara itu, minuman keras dan sebuah bot berserta 2 buah enjin bot telah dirampas dan nilai rampasan keseluruhan termasuk cukai dianggarkan berjumlah RM36,605.63. 

"Kes akan disiasat dibawah Akta Kastam 1967" 

PPM menggesa kepada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat berkaitan dengam aktiviti yang melanggar undang-undang melalui aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 013-9391197.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...