11 MAC 2022
KENINGAU: Pemaju Mukim Dalit, Tuan Jules Romou telah melawat dan menyantuni keluarga mendiang Miah Binti Laraman di Kampung Dalit Gana, sini, kelmarin.
Dalam lawatan itu, beliau yang mewakili YBDEA turut menyalurkan sumbangan kepada keluarga mendiang tersebut.
Sumbangan yang disampaikan itu diterima oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Dalit Gana iaitu Tuan Rudici Naat.
Beliau berharap agar urusan dipermudahkan kepada keluarga yang ditinggalkan.
Laporan: Sheryn Tom
Tiada ulasan:
Catat Ulasan