Khamis, 10 Mac 2022

PENDAKI GUNUNG EVEREST DARI SABAH BERTEMU DENGAN KM


10 MAC 2022

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor telah bertemu dan memberi kata-kata semangat kepada dua rakyat Sabah yang terpilih mengikuti ekspedisi menawan Gunung Everest, yang bermula pada 26 Mac ini.

Dua rakyat Sabah yang terpilih adalah Pengarah Pertahanan Awam Negeri Kedah, Lt. Kol. (PA) Ag. Iskandar Ampuan Yaacub berumur 55 tahun, dari Kampung Benoni, Papar dan Ayu Wanirah Naharuddin berumur 30 tahun dari Kampung Jawa, Tawau, yang bekerja di Johor.

Kedua-dua orang berkenaan adalah antara 11 orang termasuk jurulatih dan pendaki orang kurang upaya (OKU) yang akan menyertai Misi Keluarga Malaysia Everest 2022 selama tiga bulan sehingga Jun ini.

Dalam pertemuan mereka, Ketua Menteri meluangkan masa dan menyerahkan bendera Negeri Sabah bersama kedua-dua pendaki berkenaan untuk dikibarkan di puncak Gunung Everest.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...