Khamis, 3 Mac 2022

SABAH MENCATAT 2,717 KES BAHARU HARI INI, TERMASUK 333 KES DARIPADA KANAK-KANAK BAWAH 11 TAHUN


3 MAC 2022

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 2,717 (+481) kes positif Covid-19 baharu pada hari ini.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu kembali jumlah kes empat angka iaitu 1,350 kes. 

Katanya, sebahagian besar daripada jumlah kes di Kota Kinabalu merupakan kes-kes tertunggak (backlogs) yang baharu didaftarkan.

"Sebanyak 556 kes yang dicatatkan di Kota Kinabalu pada hari ini adalah kes-kes tertunggak melebihi sembilan hari"

Selain daripada itu, hampir 84% kes baharu di Kota Kinabalu merupakan kes-kes jangkitan sporadik dalam komuniti dan perkara ini perlu dibimbangi.

Tambahan pula, jangkitan sporadik semakin tinggi iaitu 71.18% dan peratusan kes bergejala daripada jangkitan ini dicatatkan tertinggi di negeri Sabah.

"kita selalu menyeru rakyat agar mematuhi semua SOP sepanjang masa sebagai benteng perlindungan daripada ancaman jangkitan virus Covid-19"

Sementara itu, terdapat 5 daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Penampang 184 kes, Tuaran 131 kes, Papar 120 kes, Keningau 113 kes dan Beaufort 108 kes.

Manakala, sebanyak 18 daerah lagi mencatatkan kes dua angka dan tiga daerah iaitu Semporna, Kalabakan dan Telupid mencatatkan kes satu angka.

Sejumlah 99.00% atau 2,690 daripada 2,717 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, 4 kes dalam Kategori 3, 17 kes dalam Kategori 4 dan 6 kes dalam Kategori 5.

Seterusnya, Masidi juga memaklumkan bahawa PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 53,371 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun yang layak divaksin. 

Katanya, sebanyak 333 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 172 daripadanya merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...