Khamis, 3 Mac 2022

MUIS SALUR SUMBANGAN RM176,000 KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI KUDAT


3 MAC 2022

KUDAT: Menteri Tugas-Tugas khas, YB Datuk Haji Mohd Ariffin bin Haji Mohd Arif telah membuat rombongan bersama Pejabat Menteri-Menteri Tugas-Tugas Khas (MTTK) dan agensi agama bergerak ke Kudat, hari ini.

Katanya, seramai 176 keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Kg. Landung Ayang telah menerima bantuan tunai sebanyak RM176,000 dari Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS. Tambahan pula, setiap keluarga yang terlibat akan menerima bantuan sebanyak RM 1,000.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua individu dan syarikat yang telah menunaikan zakat tersebut.

Sumbangan ini disampaikan oleh Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) manakala JAKIM Sabah pula telah menyampaikan bantuan berupa barang makanan.

Sementara itu, Ariffin sempat meninjau kesan kebakaran di kampung berkenaan 
bersama SU MUIS Ramlan Awang Ali, GM PBNS Salman Nurillah, KPP Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Ustaz Abdul Razak Hamdin, Tuan DO Haji Bakri Nanun, PPM Tanjung Kapor Puan Norlizah Datuk Haji Gurahman, Kenderaan Diraja (KD), Ketua-ketua Adat, Jawatan Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dan staf Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM). 

"Hanyalah tiang yang bercampur abu, tinggal puing-puing adanya. 
Betapa berat mata memandang, beratlah lagi bahu yang menyahan."

Beliau berharap sumbangan yang disampaikan dapat mengurangkan beban serta memberikan kekuatan dan kesabaran kepada semua keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

#beritasabahanonlinenews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...