Rabu, 2 Mac 2022

JAMBATAN GANTUNG TAMPARULI DIPASANG LAMPU SOLAR, KINI BERCAHAYA PADA WAKTU MALAM


3 MAC 2022

TAMPARULI: Jambatan Gantung Tamparuli telah dipasang lampu solar. Kini, jambatan itu lebih selamat untuk dikunjungi dan dilalui pada waktu malam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli merangkap Menteri Pembangunan Luar, Datuk Jahid Jahim berkata, tujuan pemasangan lampu solar di jambatan berkenaan untuk keselamatan pengguna jambatan serta pengunjung yang datang pada waktu malam.

Beliau juga berkata pemasangan lampu itu sudah memberi satu nilai tambah kepada kemudahan itu ditambah seri dengan lukisan mural cantik bercorak tempatan di Linangkit dan Lelawangan.

Kedua-dua hujung jambatan gantung berkenaan mempunyai tarikan sendiri.

Antaranya, pertunjukan kebudayaan alat muzik berasaskan bambu oleh kumpulan kebudayaan tempatan yang juga mengenakan busana tradisi Sabah.

Sungai dan Bukit Ruhiang (Bukit Perahu), yang menjadi latar belakang jambatan gantung itu juga sudah tentu menjadi tarikan pelancong.

Manakala di seberang berhampiran pasar kering Tamparuli pula terdapat ‘The Wall Of Tamparuli’, yang menyaksikan lukisan mengenai legenda ‘Solungkoi’, seorang wanita yang telah dikorbankan ketika membina Jambatan Tamparuli (jambatan besi zaman British) yang lebih kukuh, juga menarik untuk dikunjungi.

Untuk pengetahuan, dahulu, jambatan itudalam keadaan gelap dan tidak selamat untuk dilalui pada waktu malam.

Oleh kerana itu, usaha beliau (Jahid) bersama kepimpinan di peringkat daerah, lampu tersebut akhirnya dipasang untuk keselamatan penduduk dan pengunjungnya.

Penolong Pegawai Daerah (ADO) Tamparuli, Herman Tunggiging berkata selain lampu solar, lampu berwarna-warni turut dipasang bagi menambah seri kawasan jambatan tersebut pada waktu malam.

Beliau memohon kepada semua penduduk dan pengunjung agar sentiasa menjaga kemudahan yang disediakan itu dengan baik, menjaga kebersihan kawasan berkenaan dan menjaga keselamatan diri semasa berkunjung pada waktu malam.

Bagi para peniaga dan penduduk di sekitar jambatan gantung dan Pekan Tamparuli pula, kehadiran pelancong ke jambatan itu nanti akan menjadi lebih memeriahkan lagi kawasan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...