Rabu, 2 Mac 2022

RASMI: Cecilia (dua kiri) memotong riben merasmikan pembukaan Homestay Backyard@Kokol sambil disaksikan oleh Peter (kanan).

Penduduk terima sumbangan Cecilia
2 Mac 2022

RASMI: Cecilia (dua kiri) memotong riben merasmikan pembukaan Homestay Backyard@Kokol sambil disaksikan oleh Peter (kanan).

MENGGATAL: Timbalan Pengerusi Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Cecilia Edwin Kitingan berbesar hati menyumbang kewangan bagi penyelenggaraan jalan perkampungan ke kawasan pertanian Kampung Kokol, Menggatal baru-baru ini.
Penduduk kampung Emelda Kong berkata dalam keadaan cuaca buruk terutama setiap kali musim hujan, jalan tersebut becak dan licin menyukarkan laluan kenderaan ke kawasan kediaman dan ladang.
“Saya mewakili penduduk kampung mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada komitmen Cecilia yang sangat prihatin terhadap keperluan rakyat dan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat  setempat,” kata Emelda.
Dalam kesempatan itu Cecilia yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah berkesempatan melakukan perasmian pembukaan ‘Homestay Backyard @Kokol di jalan Kg Tomboridun Kokol Hill Kuala Menggatal kepunyaan keluarga Emelda.
Cecilia yang juga Penaung Pertubuhan Mondopiton Sabah mengambil kesempatan terluang beramah mesra dengan komuniti yang hadir pada program itu.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Taman-Taman Sabah, Peter Lintar.
Dalam perkembangan berkaitan Cecilia yang juga Penaung Pertubuhan Mondopiton Sabah turut menyokong aktiviti program Wanita STAR Sipitang dengan menyumbang kewangan bagi menjayakan Pertandingan Bola Tampar Wanita antara kampung-kampung di daerah Sipitang.
Mengulas lanjut, Ketua Wiranita STAR Sindumin Sylvia David merakamkan ucapan terima kasih dan amat menghargai dengan komitmen serta keprihatinan Cecilia melalui sumbangan kewangan bagi menjayakan program itu sebagai satu usaha memupuk potensi diri dalam kalangan pasukan selaras dengan objektif dasar sukan negara dalam memupuk setiakawan diantara satu dengan lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...