Rabu, 2 Mac 2022

WARGA ASING MASUK DI PERAIRAN NEGARA, DIARAHKAN BERPATAH BALIK


03 MAC 2022

TAWAU: Pasukan Polis Marin Tawau berjaya menghalang cubaan sebuah Bot dari negara jiran yang membawa PATI masuk ke Tawau di Kawasan Perairan Aji Kuning, Pulau Sebatik, Tawau, semalam.

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Tawau, DSP Ridzauddin Bin Selamat berkata, pihaknya telah mengesan sebuah bot yang mencurigakan dan menahan untuk membuat pemeriksaan yang lanjut.

Hasil dalam pemeriksaan itu, sebuah bot itu dijuragani oleh seorang lelaki yang membawa 6 orang penumpang berumur antara 25 tahun hingga 40 tahun yang terdiri daripada 2 orang lelaki dewasa dan 4 orang wanita dewasa. 

Semua penumpang berkenaan didapati tidak mempunyai sebarang dokumen.

Ridzauddin berkata, juragan Bot telah diarahkan berpatah balik serta diiringi keluar dari perairan negara.

"Jurangan bot diarahkan balik supaya tidak memasuki perairan Negara mengikut undang-undang Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi mengekang penularan wabak Covid 19"

Pasukan Polis Marin meminta masyarakat persisir pantai dan maritim untuk melaporkan sebarang maklumat berkaitan dalam mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan melalui aplikasi whatsapp Pasukan Polis Marin Wil.4 Sabah nombor 013-9391197 atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian 089-983628.

"PPM memastikan kesalahan-kesalahan yang melanggar undang-undang negara dapat dibendung untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan di negara ini."

Laporan: Sheryn Tom

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...