Rabu, 2 Mac 2022

SESB lantik CEO baharu

SESB lantik CEO baharu
2 Mac 2022 admin Beritasabahan 
MOHD YAAKOB
KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu iaitu Mohd Yaakob Jaafar bagi menggantikan Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid yang dilantik sebagai CEO Unit Tenaga Sabah bermula pada 1 Mac 2022.
Mohd Yaakob memulakan karier bersama SESB sebagai jurutera elektrik di Bahagian Penghantaran SESB pada Mei 2004 dan memiliki pengalaman luas dalam operasi, senggaraan, perancangan, dan pembangunan aset-aset SESB.
Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan sebagai ketua jurutera, pengurus besar dan pengurus besar kanan. 
Anak jati Bongawan ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan memiliki Sijil Jurutera Elektrik Kompeten 275kV yang diperakui oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia.
Mohd Yaakob amat dikenali dalam sektor kejuruteraan di Sabah dan beliau juga memegang jawatan sebagai naib pengerusi Institut Jurutera Malaysia (IEM) cawangan Sabah. 
Beliau adalah jurutera profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Profesional Teknologis berdaftar dengan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Majlis Antarabangsa Sistem Elektrik Besar (CIGRE) Malaysia.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah
https://t.me/Beritasabahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...