Selasa, 1 Mac 2022

PPM GAGALKAN CUBAAN SELEDUP MINYAK PETROL

 
2 MAC 2022

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas minyak petrol yang disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran di sekitar Laut Kalapuan, semalam.

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, YDH DSP Mohamad Ismail berkata Polis Pasukan Marin mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan berkenaan lebih kurang jam 10 malam, semalam.

“Polis Marin bertindak menjalankan pemeriksaan ke atas bot dan menjumpai beberapa jerikin berisi minyak petrol dengan jumlah nilai rampasan sebanyak RM14,681.60.”

Katanya, rampasan berkenaan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan selanjutnya.

"Tindakan akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961."

Pasukan Polis Marin meminta seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat mengenai aktiviti yang melanggar undang-undang di kawasan mereka. Maklumat boleh disalurkan menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...