Selasa, 1 Mac 2022

SABAH MENCATAT 2,158 KES BAHARU HARI INI


1st MAC 2022

KOTA KINABALU: Sabah telah mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 baharu iaitu 2,158 (-16) hari ini.  

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, walaupun jumlah kes menurun tetapi 17 daripada 27 daerah di Sabah merekodkan jumlah kes harian yang lebih tinggi berbanding kelmarin. Selain daripada itu, 9 daerah lagi  mencatatkan penurunan kes harian tersebut. 

Berdasarkan laporan yang diberi, terdapat 8 daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu sebanyak 651 kes (+96), Tuaran 142 kes (-39), Penampang 111 kes (-141), Putatan 100 kes (-123), Papar 135 kes (-69), Kota Belud 120 kes (+19), beaufort 130 Kes (+69) dan Keningau 130 kes (+25).

Sementara itu, sebanyak 17 daerah lagi mencatatkan kes dua angka manakala Kunak dan Kalabakan merekodkan kes satu angka. 

Sejumlah 99.31% atau 2,158 daripada 2,174 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, 6 kes dalam Kategori 3, 6 kes dalam Kategori 4 dan 3 kes dalam Kategori 5.

Laporan: Sheryn Tom 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...