2 MAC 2022
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang penolong pengarah kanan atas meminta rasuah sebanyak RM10,000.
Mengikut sumber yang diberi, suspek yang bekerja di salah sebuah jabatan dalam Kerajaan Negeri Sabah meminta rasuah berkenaan daripada orang awam supaya mempercepatkan urusan pengeluaran surat tawaran tanah pekebun kecil.
Pegawai SPRM menahan seorang individu berusia 54 tahun tersebut kira-kira jam 3.00 petang di pejabatnya tadi.
Selain itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy mengesahkan tangkapan tersebut.
Beliau berkata permohonan reman bagi suspek akan dijalankan esok dan akan disiasat mengikut Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan