Rabu, 23 Mac 2022

POLIS TAWAU GIAT OPERASI MENANGKAP PENJENAYAH

 
24 Mac 2022, Khamis 

TAWAU:  Polis daerah Tawau mempergiatkan operasi menangkap jenayah untuk membanteraskan aktiviti penjenayahan yang melanggar undang-undang serta mengancam keselamatan penduduk, di sini, kelmarin. 

Sepanjang operasi ini dijalankan, terdapat dua orang diperiksa dan kemudian ditahan dalam operasi dadu yang dilakukan oleh sepasukan polis dari IPD Tawau. 

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, kedua-dua individu itu ditahan melalui serbuan yang dibuat secara berasingan.

"Turut dirampas dalam serbuan ialah telefon bimbit, mobile printer, resit bercetak dan juga wang tunai." Katanya. 
 
Sementara itu, seorang lelaki disyaki mencuri turut ditahan di hadapan sebuah kedai menjual barangan keperluan rumah oleh pekerja kedai.

Berdasarkan dalam laporan yang diberi, pihak polis menerima makluman daripada orang awam bahawa suspek itu adalah warga asing yang menetap secara tidak sah di negara ini.

Justeru itu, polis bertindak untuk menangkap suspek tersebut. 

Jasmin berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang mana memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai sepuluh tahun dan denda.

Kesemua suspek dibawa balik ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut. 

Polis Tawau mengalu-alukan orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat  jenayah melalui talian '089-772121' atau e-mel 'polistawau@gmail.com'. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...