Rabu, 23 Mac 2022

CUBAAN SELEWENG MINYAK DIESEL TANPA PERMIT DAN AKTIVITI MENANGKAP IKAN MENGGUNAKAN BAHAN LETUPAN GAGAL


24 Mac 2022, Khamis

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan disebabkan cubaan penyelewengan minyak diesel di kawasan Petron kampung Air, di sini, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Kota Kinabalu ASP Roslan Bin Awang berkata pihaknya telah mendapat maklumat berkenaan dan telah mengekori sebuah lori tangki sedang menjalankan pengisian minyak diesel ke dalam tangki lori dalam keadaan mencurigakan pada waktu pagi.

Menurutnya, polis bertindak menahan lori itu dan membuat pemeriksaan lanjut.

Hasil daripada pemeriksaan itu, pemandu lori gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran membawa barang kawalan daripada KPDNHEP. 

"Lori tangki tersebut juga telah diisi sebanyak lebih kurang 4000 liter Minyak Diesel." Katanya.

Dalam hari yang sama, Polis Marin juga berjaya merampas sebuah Pump Bot di Perairan Pulai Gaya jam lebih kurang 7.30 petang semalam.

"Pump Bot tersebut telah diarahkan berhenti namun telah bertindak memecut ke arah Perairan Pulau Gaya yang cetek dan seterusnya melarikan diri ke hutan Pulau Gaya."

"Pemeriksaan telah dijalankan terhadap Pump Bot tersebut dan telah menemui beberapa peralatan disyaki digunakan untuk mengebom ikan." 

Sehubungan itu, pemandu Lori telah ditahan dan Pump Bot serta peralatan telah dirampas dan dibawa ke Markas Operasi PPM Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya. 

"Jumlah keseluruhan nilai rampasan adalah dianggarkan bernilai RM177,021.00."

Beliau berkata kes ini akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perikanan 1985.

PPM menggesa masyarakat maritim dan  persisir pantai untuk menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 013-9391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...