Rabu, 23 Mac 2022

PEMBANTU KPMKR SALUR SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MENDIANG DI KENINGAU



24 Mac 2022, Khamis 

KENINGAU: Penyelia masyarakat Tuan Narisin Petrus mewakili Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Yb Pn. Flovia merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.44 Tulid Ng telah menyampaikan sumbangan kepada mendiang Soulin Bt Kundahal yang telah meninggal pada tarikh 23 Mac 2022 di Kampung Sinulihan baru, Mukim Tulid, tadi. 

Sumbangan yang disampaikan itu diterima oleh anak mendiang iaitu En. Pilistin Gintulu.

Sementara itu, Tn. Cyril jalaong juga mewakili Yb Pn. Flovia turut menyampaikan sumbangan kepada En. Elezius Ampukak atas pemergian anak sulung beliau di Kampung Pauh. 

Beliau berharap agar sumbangan ini dapat meringankan beban kepada kedua-dua keluarga tersebut. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...