Isnin, 14 Mac 2022

OP MENGESAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT BAGI MENGELAKKAN KEMALANGAN JALAN RAYA


15 Mac 2022, Selasa

TAWAU: Polis Daerah Tawau telah menjalankan satu operasi untuk mengesan mana-mana pemandu kenderaan yang menggunakan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan ketika di jalan raya, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau,  ACP Jasmin bin Hussin berkata, selain daripada kesalahan pandu guna telefon bimbit, beberapa kesalahan lain juga telah dikesan antaranya ialah muatan bahaya/tidak kemas, ubahsuai ekzos dan sebagainya.

Katanya, budaya 'Patuh dan Peka' terhadap keselamatan diri dan orang lain harus diterapkan dalam diri sendiri agar risiko yang tinggi terlibat dalam kemalangan jalan raya dapat dielakkan. 

"Semakin lama masa tindak balas dengan telefon bimbit, semakin tinggi kadar gangguan ketika memandu, tambahnya lagi."

Polis Tawau mengutamakan 'Tingkatkan pemanduan secara berhati-hati, sentiasa peka dan sensitif terhadap sekeliling, kekalkan jarak selamat ketika mengendalikan kenderaan.'

Sehubungan itu, risiko terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah rendah dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...