Isnin, 14 Mac 2022

WARGA ASING DIUSIR KELUAR KE NEGARA JIRAN

 
15 Mac 2022, Selasa

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin Semporna (PPM) telah menahan dua buah bot dan bertindak untuk melakukan pemeriksaan lanjut di perairan laut Pulau Denawan, pada waktu pagi, kelmarin.

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi  Pasukan Polis Marin Semporna, YDH DSP Mohamad Bin Ismail berkata hasil daripada pemeriksaan itu, kedua-dua bot berkenaan mendapati dua lelaki dewasa, dua perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan berbangsa bajau Filipina.

Tambahannya, Juragan Bot dan kesemua penumpang didapati tidak mempunyai sebarang pas perjalanan yang sah. 

Oleh kerana itu, kedua-dua bot itu telah diiring keluar dari perairan negara dan diarahkan supaya tidak kembali semula ke negara ini selepas diberi penerangan berkaitan pematuhan SOP COVID-19 yang ditetapkan dalam Perintah Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi mengekang penularan wabak penyakit COVID-19.

PP menggesa kepada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan maklumat berkaitan dengam sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang melalui aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...