Isnin, 14 Mac 2022

KUNJUNGAN HORMAT LKPIM TAWAU KEPADA DATIN JULIAH


15 Mac 2022, Selasa

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS),  Datin Seri Hajah Juliah Salag menerima kunjungan hormat daripada rombongan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Perhubungan Negeri Sabah (LKPIM) cawangan Tawau diketuai oleh Pengerusi LKPIM iaitu Datuk Hamisa Samatdi, di sini, kelmarin.

kunjungan hormat itu bertujuan untuk menjemput Datin Juliah yang juga isteri Ketua Menteri merasmikan Hari Wanita peringkat daerah Tawau pada 19 Mac ini, selain memaklumkan aktiviti yang dilaksanakan LKPIM Tawau sepanjang 2021 dan 2022.

Turut hadir Naib Pengerusi, Halimah Yahya dan beberapa ahli jawatankuasa LKPIM.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...