Selasa, 22 Mac 2022

MUIS SALUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI TAWAU


23 Mac 2022, Rabu 

KOTA KINABALU: Menteri Tugas-Tugas khas, YB Datuk Haji Mohd Ariffin bin Haji Mohd Arif telah menyaksikan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menghulurkan sumbangan berjumlah RM290 ribu menerusi Bahagian Zakat dan Fitrah kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Tawau, kelmarin. 

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor atas bimbingan dan panduan selama ini untuk agensi agama dalam menyebarkan kasih sayang, mahabah dan rahmah dengan sederap memartabatkan syiar dakwah dan tarbiyah.

Sementara itu, beliau turut meminta agensi agama Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Baitulmal, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Tabung Haji (TH) dan YaPEIM serta mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk  membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh para mangsa kebakaran tersebut.

"Terima kepada para individu dan syarikat yang telah menunaikan kewajiban zakat mereka kepada MUIS." Katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...