Selasa, 22 Mac 2022

3 KES KEMATIAN COVID-19 DILAPORKAN - MASIDI

 

23 Mac 2022, Rabu

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun memaklumkan bahawa sebanyak 3 kes kematian telah dilaporkan pada tarikh 22 Mac 2022 dan masing-masing mempunyai satu kes di daerah Beaufort, Ranau dan Tuaran.

Tambahan pula, seramai 1,309 pesakit Covid-19 sembuh yang dijadikan kumulatif berjumlah 339,988 orang.

Menurutnya, pesakit pula sedang menerima rawatan iaitu 398 orang di hospital, 97 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam, 1 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS), 50 orang yang memerlukan penjagaan kritikal merangkumi 41 di ICU serta 9 di Open Ward dan 20 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Seterusnya, pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah melaksanakan penguatkuasaan SOP yang melibatkan 211 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 41 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.

“Sebanyak 822 premis perniagaan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta tiada sebarang kompaun, notis dan amaran dikeluarkan.” Katanya.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan Operasi Pematuhan SOP ke atas 190 premis perniagaan dan 259 individu di 18 kawasan.

Laporan: Sheryn Tom 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...