Selasa, 22 Mac 2022

CUBAAN SELUDUP KELUAR BARANG KAWALAN GAGAL


23 Mac 2022, Rabu

SANDAKAN: Sebuah kapal Ikan berjaya ditahan kerana disyaki membawa barang kawalan tanpa sebarang permit daripada pihak berkuasa di kawasan laut Pasar Umum lewat petang, kelmarin. 

Menurut Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan Sabah, DSP Rusdin Bin Banin berkata semasa operasi perondaan dijalankan, pihaknya mendapati kapal suspek itu dalam keadaan mencurigakan.

Oleh kerana itu, Pihak polis yang bertugas melakukan pemeriksaan ke atas kapal tersebut.

Hasil daripada pemeriksaan itu, telah menemukan beberapa barang kawalan seperti jerikin minyak petrol dan tong gas LPG. 

Beliau juga berkata nilai rampasan termasuk kapal ikan itu berjumlah RM236,570.00.

Tambahannya, juragan gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran daripada pihak berkuasa untuk membawa barang-barang tersebut.

Susulan dengan perkara itu, tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya dan kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

PPM mengalu-alukan masyarakat maritim dan  persisir pantai untuk menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan melanggar undang-undang melalui aplikasi WhatsApp ke talian 0139391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...