Selasa, 22 Mac 2022

670 KELUARGA MANGSA KEBAKARAN MENERIMA SUMBANGAN DAN PENEMPATAN BAHARU


22 Mac 2022, Selasa

TAWAU: Seramai 670 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Kurnia Jaya akan mendapat penempatan baharu untuk masa depan mereka.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata kerajaan negeri akan memastikan semua mangsa kebakaran yang ada dalam senarai akan mendapat perhatian tanpa terkecuali dan mencari solusi terbaik menempatkan semua mangsa kebakaran supaya mereka boleh mendirikan rumah semula.

Katanya, beliau akan berbincangkan dengan Ketua Menteri supaya semua mangsa yang terlibat mendapat harapan baharu untuk masa depan keluarga dan anak-anak mereka.

“Saya tahu mereka mengharapkan dapat membina semula rumah di tempat asal, tetapi perkara ini akan dibincangkan supaya pembinaannya akan datang lebih tersusun dan teratur,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran, di sini hari ini.
Sementara itu, UMNO Sabah juga menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM500 untuk setiap keluarga serta barang keperluan lain.

“Kerajaan negeri juga akan berusaha membina penempatan melalui Program Perumahan Rakyat (PPR) di daerah ini supaya lebih ramai rakyat mendapat kediaman yang selesa.”

“Walaupun pembinaan PPR ini memerlukan dana yang besar dan tapak tanah yang sesuai, tetapi kerajaan akan berusaha supaya ia dapat direalisasikan.
Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata penyediaan tempat tinggal yang selesa kepada rakyat sudah menjadi tanggungjawab kerajaan dan perkara ini akan dibawa ke mesyuarat kabinet akan datang.

Seterusnya, Bung menasihatkan kepada semua penduduk di daerah ini agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan jangan membina rumah terlalu rapat bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

 “Kebanyakan kebakaran besar berlaku di kawasan perkampungan yang dibina terlalu rapat dan tidak tersusun sehingga melibatkan ratusan rumah musnah.” Katanya.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin; Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Hamild Awang dan Ketua Bahagian UMNO Tawau Ghazali Ansing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...