Selasa, 22 Mac 2022

CADANGAN PINDAAN PELANTIKAN KM DIHADKAN DUA TAHUN, DIBENTANG DI DUN AKAN DATANG



22 Mac 2022, Selasa

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir memaklumkan bahawa cadangan mengenai Pindaan Perlembagaan Negeri bagi membolehkan pelantikan Ketua Menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja dan perkara ini akan dibentang di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Menurutnya, Jemaah Kabinet telah meluluskan cadangan ini mengikut dasarnya.  

Katanya, sekiranya kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini bersetuju menyokong cadangan ini, kita akan bawa perkara ini di Mesyuarat Persidangan DUN akan datang untuk bertujuan meminda Perlembagaan Negeri.

Beliau berkata ketika menjawab pertanyaan Datuk Ewon Benedick (Kadamaian) di persidangan DUN hari ini.
“Sebenarnya cadangan ini memang baik, kalau dilihat di peringkat Persekutuan juga sudah ada cadangan untuk menghadkan tempoh pelantikan Perdana Menteri.”

“Kalau kita lihat pula di negara-negara barat yang maju seperti di Amerika Syarikat dan juga negara-negara barat yang lain, mereka juga menghadkan tempoh pelantikan Presiden dan Perdana Menteri mereka masing-masing.

Abidin berkata sekiranya semua bersetuju dengan cadangan ini, kita akan bawa ke Persidangan DUN yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...