Isnin, 21 Mac 2022

KKIP MEWUJUDKAN 7,963 PELUANG PEKERJAAN


22 Mac 2022, Selasa

KOTA KINABALU: Sebanyak 7,963 peluang pekerjaan telah diwujudkan membabitkan 242 buah kilang yang beroperasi di Taman Perindutstrian Kota Kinabalu (KKIP) pada bulan Februari tahun ini, dengan nilai pelaburan yang dijana berjumlah RM1.680 billion.

Menurut Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian (MID), Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, kilang-kilang ini terlibat dalam pelbagai rangkaian industri iaitu 17 entiti dalam sektor berasaskan kayu, 39 berasaskan makanan, 65 dalam sektor pergudangan, dan lain-lain aktiviti seperti berasaskan besi, getah, plastik, logistik, elektronik dan elektrikal, automotif dan lain-lain.
 
“Sebanyak tujuh entiti terlibat dalam operasi penyediaan utiliti, 21 entiti penyelidikan dan pembangunan, institusi latihan dan sekolah-sekolah.”

Katanya, komponen ini telah menyediakan sebanyak 1,516 peluang pekerjaan dengan nilai pelaburan berjumlah RM1.42 billion manakala sektor komersil menyediakan 523 peluang pekerjaan dengan nilai pelaburan sebanyak RM48 juta.

“Sebagai pembangunan  bersepadu, KKIP menyediakan kawasan komponen perindustrian, khidmat sokongan, institusi Latihan, penyelidikan, komersil dan perumahan,” katanya semasa menjawab pertanyaan Peto Galim (Inanam) di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Selain daripada itu, mengenai pertanyaan tentang isu kemiskinan di Sabah, Dr. Joachim berkata, Kementeriannya tidak terlibat secara langsung dalam mengadakan program pembasmian kemiskinan.

“Walau bagaimanapun, Kementerian saya sentiasa berusaha untuk membantu menangani masalah kemiskinan di Sabah dengan menarik lebih banyak pelabur dari luar untuk melabur.

Beliau berkata kementeriannya akan sentiasa memberikan komitmen dan terus berganding bahu dengan pemain industri bagi memastikan sektor pembuatan kekal sebagai destinasi pelaburan yang terpilih dan seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan.

“Sabah telah menerima suntikan pelaburan asing dan domestik sebanyak RM4.47 bilion dan menghasilkan 7,400 peluang pekerjaan pada tahun lalu” jelasnya.

“Dengan adanya pelaburan ini, ia akan memberi manfaat kepada ekonomi Sabah dari sudut tukaran wang asing dan juga kutipan cukai.”
 
Bagi tahun 2022, beliau menyatakan bahawa kementeriannya bakal menerima satu lagi pelaburan berteknologi tinggi dari Negara China yang akan membuka kilang pembuatan kaca solar panel di KKIP. 

“Majlis menandatangani MOA mengenai penyewaan tanah telahpun diadakan pada 17 Mac 2022 dan pembinaan kilang akan bermula pada pertengahan tahun ini di atas keluasan tanah seluas 130 ekar. Nilai pelaburan ini adalah sebanyak RM2 billion dan akan menyediakan sebanyak 1,700 peluang pekerjaan.”
 
“Dengan adanya pelabur luar yang melabur di Sabah, sudah semestinya kontraktor tempatan akan diberi peluang untuk menjadi pembekal bahan mentah dan tenaga buruh. Langkah ini jelas dapat membantu menangani isu kemiskinan di Sabah kerana lebih banyak peluang pekerjaan disediakan untuk rakyat tempatan,” ujarnya.
 
Sementara itu, beliau yang juga mewakili Rakyat Kundasang berkata, Kementerian juga sedang giat melahirkan lebih ramai usahawan berjaya dan seterusnya membantu mengembangkan pasaran produk mereka secara meluas.

Dengan cara ini, usahawan yang berjaya akan mengupah lebih ramai pekerja bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan peluang pekerjaan akan tercipta kepada golongan miskin dan penduduk di luar bandar secara tidak langsung.

“Di samping itu, usaha ini juga dapat membantu pembekal bahan mentah seperti petani atau nelayan untuk memasarkan hasil tanaman atau tangkapan mereka kepada usahawan tempatan.

Beliau berkata perkara ini dapat membantu mengembangkan peluang pekerjaan di sektor pertanian dan perikanan kerana permintaan bahan mentah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...