Isnin, 21 Mac 2022

ISTERI TYT SEMPURNAKAN TAMAN ORKID DI TAWAU


 22 Mac 2022, Selasa

TAWAU: Yang Amat Berbahagia, Toh Puan Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni telah merasmikan Taman Orkid yang dibina di Bandar Sri Indah (BSI) seluas 1.6 ekar, Batu 10 Jalan Apas, di sini, pagi tadi.

Pengurus Besar Hap Seng Properties Development Sdn Bhd, Joanne Wendy berkata taman perasmian itu adalah inisiatif pihak Hap Seng Properties Development Sdn Bhd dan telah diwujudkan sejak tahun 2019 lagi.

Joanne turut mengucapkan terima kasih kepada Toh Puan Hajah Norlidah yang sudi menyempurnakan taman orkid tersebut.

Selain daripada itu, sebanyak 30 spesis orkid tempatan dan hybrid serta 7 genre yang terdapat di taman Orkid ini. 

Tambahan pula, taman ini dibina berhampiran perumahan Bandar Sri Indah (BSI) kerana pihak Hap Seng Properties ingin mewujudkan sebuah kawasan yang diurus dengan baik, bersih, indah, unik dan memenuhi sebagai bandar terancang.

“Kewujudan taman ini jelas menunjukkan bahawa Hap Seng bukan sahaja terkenal dengan pembangunan perumahan tetapi turut mengambil berat soal persekitaran hijau.

kepentingan taman ini adalah sebagai komponen kesejahteraan sosial rakyat serta boleh dijadikan ruang terapi dalam usaha meredakan tekanan mental dan fizikal.

Joanne berharap agar lebih banyak lagi pembangunan landskap pada masa akan datang untuk dinikmati oleh generasi seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...