Isnin, 21 Mac 2022

26 PENDUDUK TERPAKSA PINDAH AKIBAT DILANDA BANJIR DI BEAUFORT

BEAUFORT: Seramai 26 orang penduduk Kampung Suasa terpaksa berpindah ke tempat selamat apabila kampung tersebut dilanda banjir pada waktu petang, kelmarin.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji Ruslan Muharam berkata, jalan menuju ke kampung tersebut juga telah ditenggelami air banjir, menyukarkan usaha untuk membantu penduduk kampung yang terjejas.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort menerima panggilan kecemasan mengenai banjir tersebut pada jam 5.11 petang.

Sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK II (KUP) Hardiyanto Kampret telah ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa-mangsa berpindah dan memantau keadaan.

Ruslan mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Daerah Beaufort selaku pengerusi bencana alam dan juga semua agensi kerajaan terlibat.

Pemantauan berterusan dijalankan oleh pasukan bomba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...