Isnin, 21 Mac 2022

416 PESAKIT COVID-19 SEMBUH - MASIDI

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun memaklumkan bahawa seramai 416 pesakit Covid-19 sembuh yang dijadikan kumulatif berjumlah 364,325 orang.

Menurutnya,  pesakit pula sedang menerima rawatan iaitu 571 orang di hospital, 169 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam, 8 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan 5 orang di fasiliti swasta. 

Selain daripada itu, sebanyak 2 kes kematian telah dilaporkan pada tarikh 21 Mac 2022 dan masing-masing mempunyai satu kes di daerah Penampang dan Kudat. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Seterusnya, pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah melaksanakan penguatkuasaan SOP yang melibatkan 208 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 28 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.

Hasil daripada pemeriksaan itu, terdapat satu tangkapan dibuat mengikut Akta Kastam 1967. 

“Sebanyak 789 premis perniagaan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta tiada sebarang kompaun, notis dan amaran dikeluarkan.” Katanya.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan Operasi Pematuhan SOP ke atas 551 premis perniagaan dan 885 individu di 18 kawasan.

Laporan: Sheryn Tom 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...