Isnin, 21 Mac 2022

DATUK JEFFREY HULUR SUMBANGAN, BANTU KOS PENGURUSAN PENGAJIAN

 
22 Mac 2022, Selasa

KENINGAU: Pegawai Penyelaras DUN N.40 Bingkor, Encik Johari Pongod, mewakili Timbalan Ketua Menteri Sabah, YB.Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey G.Kitingan merangkap Menteri Pertanian Dan Perikanan Sabah, Ahli Parlimen Keningau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.39 Tambunan telah menyampaikan sumbangan kebajikan berbentuk dana kepada Encik Jafarin bin Pani dari Kampung Matanoi Apin-Apin di Pusat Khidmat Rakyat P.180 Keningau, kelmarin. 

Sumbangan yang disampaikan itu bertujuan bagi membantu membiayai kos pengurusan pengajian anaknya iaitu Rayner bin Jafarin yang sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM), Selangor. 

Beliau berharap agar sumbangan daripada YB.DSP Dr.Jeffrey G.Kitingan ini dapat membantu melancarkan lagi pengurusan pengajian anak beliau tersebut. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...