BORNEO_MEDIA.COM telah menjadi mata dan telinga rakyat sabah. kami akan menjadi medium utama untuk menyalurkan maklumat atau isu-isu berbangkit kepada kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. berita kami akan sentiasa dikemaskini 24 jam dan sahih sebelum disampaikan kepada rakyat.
Selasa, 29 Mac 2022
IKAN BOM BERJAYA DIKESAN DI PASARAN
KOTA KINABALU, 29 MAC 2022 (Selasa) - Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu bersama Jabatan Perikanan telah berjaya merampas lebih kurang 55 kilogram ikan pelbagai jenis disyaki ditangkap dengan menggunakan bahan letupan dalam satu operasi Inter Agensi petang semalam.
Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Kota Kinabalu, ASP Roslan Bin Awang berkata operasi telah dijalankan dan membuat pemeriksaan telah menemui dan merampas beberapa Kilogram ikan di Pasar Malam Sinsuran dan di Pasar Malam Todak.
Objektif operasi ini adalah untuk mengesan dan membanteras penjualan ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan dan rampasan telah dibawa ke Pejabat PPM Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM790.00. Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 oleh Pegawai Penyiasat Jabatan Perikanan.
Justeru itu, masyarakat terutama masyarakat Maritim dan Persisir Pantai disarankan untuk menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 013-9391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.
TIADA HARI TANPA KEBERHASILAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah
Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...
-
6 April 2022, Rabu BEAUFORT: Seorang wargaemas disahkan meninggal akibat kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta jenis ...
-
24 FEBRUARI 2022 KOTA KINABALU: YS Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB) Abdul Razak Muda, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyela...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan