Isnin, 28 Mac 2022

KEKAL FOKUS ANTARA PETUA KEJAYAAN ANUGERAH TUN ZAKI UMS


29 Mac 2022, Selasa 

KOTA KINABALU: Kekal fokus dalam sesi kuliah antara petua kejayaan Khor Cheng Yee, penerima Anugerah Tun Zaki Tun Azmi pada istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-22.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, beliau sentiasa fokus ketika berada di dalam kelas dan berusaha memahami setiap pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah. 

“Saya kemudiannya akan memproses setiap pengetahuan yang diperoleh setelah habis sesi pembelajaran,” katanya ketika ditemui semasa sidang tiga, Konvokesyen UMS di sini, kelmarin (28 Mac 2022).

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Marin itu berjaya menamatkan pengajian dengan himpunan purata nilai gred (CGPA) 3.91.

Dalam pada itu, Cheng Yee memaklumkan, beliau sebenarnya tidak menyangka untuk dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut.

“Saya sebenarnya amat terkejut apabila dimaklumkan tentang perkara ini. 

“Saya hanya mengetahuinya daripada rakan saya,” katanya yang turut menekankan peri pentingnya keseimbangan dalam akademik dan aktiviti kokurikulum.

Gadis yang berasal dari Pulau Pinang ini juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan motivasi kepada sepanjang pengajian.

“Terima kasih ibu bapa, ahli keluarga dan rakan-rakan serta seluruh pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar sepanjang saya begelar mahasiswa di sini.

“Doakan saya agar terus berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi,” ujarnya yang bercita-cita sebagai ahli biologi Sains Marin. -ums 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...