Selasa, 29 Mac 2022

POLIS MARIN SEMPORNA BERJAYA PATAHKAN AKTIVITI PEMBUNUHAN DAN PENJUALAN ORGAN PENYU

POLIS MARIN SEMPORNA BERJAYA PATAHKAN AKTIVITI PEMBUNUHAN DAN PENJUALAN ORGAN PENYU SEMPORNA, 29 Mac 2022 (Selasa) - Pasukan Polis Marin Semporna (PPM) dalam satu operasi telah mengesan dan membuat pemeriksaan ke atas sebuah perahu yang bertambat di sebuah rumah di kawasan kg Bangau-Bangau pada jam lebih kurang 10 pagi tadi. Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna YDH DSP Mohamad Bin Ismail berkata hasil pemeriksaan telah menjumpai sejumlah organ penyu yang telah dipotong di dalam ruangan perahu yang dipercayai untuk pasaran gelap makanan ezotik dan menahan (1) lelaki dewasa berumur 31 tahun. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan selanjutnya dan kes dirujuk ke Jabatan Perhilitan untuk disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 kerana memiliki hasil hidupan liar tanpa permit yang sah. Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM11,565.00. Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197. TIADA HARI TANPA KEBERHASILAN Sumber:FB Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...