29 Mac 2022, Selasa
KENINGAU: Kakitangan Pejabat ADUN N.40 Bingkor, Cik Mailin Belly bagi mewakili YB Datuk Robert Tawik@Nordin merangkap Pembantu Kerja Raya Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri N.40 Bingkor telah menyampaikan sumbangan berbentuk dana kepada Puan Jupinah Mocitul dari Kampung Nuntunan yang berjaya terpilih sebagai peserta akhir dalam pertandingan Zandi Tavanus peringkat Negeri Sabah anjuran AO Event Management yang akan berlangsung pada 9 April depan di dewan tertutup KCV/KDCA Penampang.
Pertandingan Zandi Tavanus ini adalah satu acara tahunan seperti pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan, tetapi pertandingan ini lebih kepada wanita yang sudah bergelar ibu atau sudah berumahtangga dan ianya di anjurkan oleh badan persendirian.
Sumbangan yang disampaikan ini bertujuan untuk melengkapkan keperluan semasa peserta agar dapat memberi kemanfaatan dan mempermudahkan segala urusan semasa menyertainya.
"Selamat bertanding dan semoga beroleh kejayaan kepada Pn.Jupinah Mocitul"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan