29 Mac 2022, Selasa
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 8 malam.
Seramai 16 anggota dan pegawai bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian dan memulakan operasi pemadaman api.
Sepanjang operasi dijalankan, operasi pemadaman api menggunakan dua aliran sepanjang 60 meter dengan tiga pancutan daripada sumber air jentera dan parit berhampiran.
Tambahan pula, tiada kes kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan pada malam tersebut.
Pihak bomba dapat mengawal api pada jam 9 malam dan operasi ditamatkan pada jam 1.47 pagi selepas melakukan pemeriksaan di lokasi itu untuk memastikan tiada kemerbahayaan lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan